Isteri Perdana Menteri Malaysia Siti_Hasmah_Mohamad_Ali

Siti Hasmah (tengah) kelihatan bersama, Mahathir Mohamad semasa lawatan percutian di Bukit Merah, Perak.

Siti Hasmah menjadi isteri kepada Perdana Menteri Malaysia berikutan pelantikan suaminya sebagai Perdana Menteri pada 16 Julai 1981.

Beliau menggunakan kedudukan sebagai isteri Perdana Menteri untuk berkempen tanpa mengenal penat lelah untuk kesihatan wanita, perancangan keluarga, kawalan penyalahgunaan dadah dan literasi dewasa. Beliau juga memegang pelbagai jawatan seperti berikut:

  • Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
  • Presiden Persatuan Perancang Keluarga Kedah
  • Presiden Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia
  • Presiden Persatuan Pemulihan Kanak-kanak Terencat Akal
  • Naib Presiden Persekutuan Persatuan Perancang Keluarga Malaysia
  • Penaung Persatuan Kesihatan Keibuan dan Neonat Malaysia
  • Penaung Persatuan Pediatrik Malaysia
  • Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) [3]

Sebagai Penaung Persatuan Wanita Pan Pasifik Asia, (PPSEAWA) Malaysia, Siti Hasmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama di Persidangan tiga tahun sekali di Tokyo (1984) Bangkok (1991) dan Tonga (1994).

Pada 22 Ogos 2019, Tun Dr Siti Hasmah dianugerah gelaran 'Ibu Negara' oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan.[4] Pemilihan beliau bertepatan dengan peranannya sebagai wanita yang berjaya memberikan kepakaran dan pengetahuan dimiliki dalam usaha membangunkan negara.[5] Biasiswa Tun Dr Siti Hasmah bernilai RM10 juta menerusi Yayasan Jeffery Cheah diperkenalkan untuk bidang seni kreatif dan muzik.[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Siti_Hasmah_Mohamad_Ali http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-siti-... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://books.google.com.my/books?id=m8jnFk_zhOwC&l... http://www.nst.com.my/nation/general/siti-hasmah-g... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem... http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=page&page=1940 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/08/22... https://id.loc.gov/authorities/names/n88118148 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08... https://www.google.com.my/maps/place/Bangunan+Bakt...